Selasa, 30 Disember 2014

sERaI wANgI aFy hANiF: sERaI wANgI aFy hANiF

SERAI WANGI.

sERaI wANgI aFy hANiF



Serai...
Tumbuhan hebat lama diwarisi
Masakan enak hati tertambat
Mewangi harum menambah seri
Khasiat banyak badan sihat.

SERAI WANGI adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Mengikut pengkajian yang telah dibuat oleh Institut penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), SERAI WANGI mampu bertindak sebagai pembersih kerana tumbuhan itu mengandungi anti septik, anti ruam dan boleh menghindarkan gigitan serangga seperti nyamuk.


 Oleh yang demikian Afy Hanif Bena dan Bekal yang juga merupakan 100% syarikat bumiputra telah menghasilkan beberapa produk berasaskan SERAI WANGI untuk kegunaan orang awam.



Digunakan untuk menghalau semut, cicak, lipas, tikus dan anai-anai di dalam rumah. Bagi mereka yang mempunyai masalah dan serangan yang menyebut boleh menggunakan kepekatan produk atau serai wangi herba produk ini dari Afy Haniff. 

Produk ini terdapat dalam 3 variasi iaitu pati 500ml dan 900ml juga terdapat dalam bentuk Semburan yang telah siap dibancuh. 





Dan Cara Gunanya:

Meja Dan Peralatan – Sembur tempat yang kotor kemudian gunakan kain bersih yang lembab dan lap di bahagian berkenaan, biarkan kering dan tidak perlu dibilas
Bilik Air Dan Tandas – Sembur di tempat yang berkenaan, kemudian gunakan berus untuk mencuci dan bilas dengan air bersih.
Lantai – Sembur dan lap dengan mop lembap yang bersih, biarkan kering dan tidak perlu dibilas.
Kenderaan – Sembur pada kain bersih dan lap pada tempat yang kotor dan bilas. Cecair ini boleh dimasukkan sedikit ke dalam tangki simpanan air pembersih cermin bagi memudahkan pembersihan cermin yang kotor.
Kebun Sayur/Tanaman – Semburan pada tanaman seminggu sekali pada waktu petang. Nisbah campuran untuk semburan tersebut adalah 1 (cecair semburan) : 13 (air). Ianya adalah sebagai pengganti racun serangga yang menghalau serangga secara semulajadi dan seterusnya risiko bahaya pada sayuran/tanaman serta tanah dapat dielakkan.
Permukaan Yang Mengalami Masalah Serangga – Sembur dan ratakan cecair menggunakan kain bersih ke seluruh permukaan dan tidak perlu dibilas. Contoh seperti meja makan yang dihinggapi lalat.
Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Serangga – Sembur dan biarkan sahaja. Contoh kabinet makanan yang mengalami masalah tikus, semut dan lipas.
Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Bau-Bau Kurang Menyenangkan – Hanya sembur rawak pada kawasan tersebut dan sembur terus pada objek yang berbau.

Dapatkkan kini Produk Serai Wangi di pasaran kini. Boleh didapati di Giant, Tesco, AEON Big dan Lain lain